About this blog

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA: Ruang Untuk Mencambah Minda, Melakar Idea Dan Berkongsi Info Secara Maya Dalam Aneka Wacana Dan Fikrah Seadanya Agar Ceria Dan Bermaklumat. SELAMAT SEJAHTERA DAN MAJU JAYA!!
Free Graphics

May 14, 2012

Tugas ibubapa terhadap anak


Ibubapa yang akan mencorakkan anak-anak untuk ditempatkan di syurga atau di neraka. Besarnya tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak .  Pernahkah ibubapa terfikir :


Adakah anak anda Yang Akan Memandikan anda Nanti?
Adakah anak anda Yang Akan Mengkafankan anda Nanti?
Adakah anak anda Yang Akan Menjadi Imam anda Nanti ?
Adakah anak anda Yang Akan Menyambut anda Semasa Di Liang Lahad Nanti?
Adakah doa anak anda yang akan menjadi bekalan untuk anda selepas anda mati nanti?


Fikir dan renung-renungkan

Daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila telah matinya anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga perkara:

  • Sedekah jariah.
  • Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  • Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.”


  • Sedekah Jariah
    • Sesiapa yang mendirikan Masjid, maka ganjaran pahalanya akan tetap diterima selagi Masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.
    • Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.
    • Sesiapa yang menulis mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
    • Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.
    • Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
     Ilmu yang berguna dan diamalkan
    • Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 
      Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan baginya.”
    • Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibubapanya itu. Iaini anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.

    Adakah anda sudah berjaya mendidik anak anda menjadi soleh @ solehah ?  

    Ciri-ciri anak yang soleh @ solehah

    1.Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.

    2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
    cth : sentiasa menunaikan solat,puasa,membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.

    3.Menghormati Ibubapa,guru,orang tua,jiran & kawan.

    4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.

    5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.

    6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.

    7.Memiliki akhlak @ moral yang baik.

    8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.

    9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

    10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.

     Ceramah daripada ustaz Don Danial 



    Search This Blog